Monday, October 30, 2006

Walimatul Urus

A'kum semua,

Sukacita aku ingin menjemput semua warga thesaint9498 ke majlis perkahwinan aku. Details:

Tarikh: November 26, 2006
Hari: Ahad
Waktu: 8pm
Tempat: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (a.k.a Bangunan SUK), Shah Alam.

Kepada sesiapa yang nak datang, tolong email aku, fyeahmad[at]gmail[dot]com supaya aku boleh emailkan personalized softcopy kad jemputan kawin, dan untuk aku keep track headcount member yg datang.

Dukacita dimaklumkan, majlis ni seat die limited. So kalau boleh aku nak utamakan member2 SAS. Jadi kalau yang belum berkahwin tu, diharap tak perlulah bawak partner ye, supaya ade seat kosong untuk member2 yg lain :) Kepada yg dah kawin tu, tolong mention kalau korang datang berdua.

Thanks!
Faizan

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat handai. Selamat Hari Raya dari aku kat perantauan. Makan nasi dagang tu ingat2 la kat aku.

Maaf Zahir Batin

*ingat nak amek gamba tapi hujan je manjang.

Sunday, October 08, 2006

Pengumuman

Assalamualaikum WBT,

Di sini ada satu pengumuman. Ibu kepada Safizi Saidin (Laloq) telah pulang ke rahmatullah. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Laloq. Al-Fatihah...

Sekian. Wassalam.

Monday, October 02, 2006

hehehe

Assalamualaikum, Kami pelajar-pelajar tajaan JPA dari Universiti Shinshu di Nagano, Jepun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Salam Lebaran kepada ibu bapa, keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali kami di Malaysia. Doakan kejayaan kami disini. Maaf Zahir & Batin.

Depan dari kiri: M. Azlina, Ain Muslih, Julia, Haslinda, Indraputra, Zamrizan
Belakang dari kiri: Faizal Omar, Musaddiq, Khairulnizam, Ben
Tidak mahu berada dalam gambar : Saei & Nabila

gaban.aneka @ gmail.com




Indra. sape gaban tu? hahaha